Permohonan Menjadi Ahli AKRAB Secara Online

Permohonan Menjadi Ahli AKRAB Secara Online
Bagi yang berminat untuk menjadi ahli akrab, anda boleh memohon di sini

Laman Portal Ahli AKRAB

Laman Portal Ahli AKRAB
Laman portal khas bagi ahli AKRAB sahaja

....::::=> Info semasa AKRAB <=::::.....

AKRAB mengalu alukan sebarang sumbangan kewangan dari mana-mana pihak bagi membantu AKRAB menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti kelab

8:12 AM

Repeater AKRAB sedia untuk digunakan

By AKRAB Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok Kelantan





Syukur alhamdulillah, impian menjadi nyata dan hasrat telah kesampaian.. pada 1 ogos 2008 yang lalu seramai lebih 20 station rakan-rakan AKRAB, telah bertungkus lumus menaikkan menara anttena repeater setinggi 6 batang besi, di base station Presiden AKRAB.

Dengan kejayaan tersebut, Repeater AKRAB telah pun dibuka untuk kegunaan umum mulai 2 Ogos 2008, namun ianya masih dalam proses pemerhatian lagi dan usaha-usaha menaik taraf sedang dijalankan.

Diharapkan dengan adanya repeater ini , akan dapat memberi kemudahan kepada ahli-ahli AKRAB dan semua Rakan-Rakan HAM yang mengunjungi lokalan Bachok. Bersama-samalah kita menjaga keakraban kita semasa menggunakan pancar ulang tersebut.. Kami di AKRAB sentiasa menanti rakan-rakan...

Frekuensi Repeater AKRAB (9M4RAB) : 147.725, minus 600 (147.125), tone 233.6

AKRAB DI UDARA AKRAB DI DARATAN

0 comments:

http://akrabonline.blogspot.com/