Permohonan Menjadi Ahli AKRAB Secara Online

Permohonan Menjadi Ahli AKRAB Secara Online
Bagi yang berminat untuk menjadi ahli akrab, anda boleh memohon di sini

Laman Portal Ahli AKRAB

Laman Portal Ahli AKRAB
Laman portal khas bagi ahli AKRAB sahaja

....::::=> Info semasa AKRAB <=::::.....

AKRAB mengalu alukan sebarang sumbangan kewangan dari mana-mana pihak bagi membantu AKRAB menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti kelab

11:10 PM

PROSEDUR BARU PERMOHONAN AA

By AKRAB Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok Kelantan

PERHATIAN:

Kepada Semua Pemohon Baru Penguntukan Radas (Apparatus Assignment) AA,

SKMM telah menguatkuasakan prosedur baru bagi permohonan Penguntukan Radas (Apparatus Assignment) yang baru sahaja.

Tuan/Puan dikehendaki hanya menyertakan bayaran RM60 (yuran proses) sahaja untuk permohonan baru Penguntukan Radas (Apparatus Assignment).

Selepas itu, SKMM akan mengeluarkan notis kepada pemohon yang mengandungi jumlah bayaran tahunan untuk Penguntukan Radas (Apparatus Assignment) pula.


CONTOH:

Encik Ali bin Abu telah lulus RAE baru-baru ini. Selepas Encik Ali menerima surat lulus RAE, beliau akan mengisi borang permohonan Penguntukan Radas (Apparatus Assignment).

Selepas mengisi borang berkenaan, Encik Ali hantarkan borang berkenaan serta surat lulus RAE beserta bayaran RM60 kepada SKMM. Prosedur sebelum ini pemohon perlu sertakan sekali bayaran yuran tahunan (RM24 setahun bagi kelas B), tapi prosedur sekarang SKMM hanya mahukan bayaran yuran proses sahaja dahulu.

Selepas SKMM proses permohonan berkenaan, SKMM akan mengeluarkan notis pula untuk bayaran yuran tahunan Penguntukan Radas (Apparatus Assignment) yang perlu dijelaskan.

Makluman dipetik dari : Website Pemancar Terengganu
emel dari En Nasrul MCMC Kuantan kepada AKRAB adalah berkaitan

Salam,

Untuk memohon AA amatur, sila ikuti prosedur seperti diiklankan oleh Pemancar…

Regards,

Nazrul Syahril Bin Salleh

Tel: +609-512 1100

Fax:+609-515 7566



0 comments:

http://akrabonline.blogspot.com/