4:26 PM
Berita Harian: SKMM diminta kemuka sistem komunikasi baru ketika kecemasan
By AKRAB Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok KelantanKUANTAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery
Cheek meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyediakan
satu sistem komunikasi baharu untuk dilaksana ketika kecemasan.
Beliau berkata ini kerana banjir buruk yang melanda Kuantan dan Kemaman sehingga melumpuhkan sistem komunikasi berikutan pencawang elektrik ditengelami
air, merupakan satu pengajaran besar kepada negara.
"Saya saya meminta SKMM untuk membina suatu 'architecture' baharu, sistem
komunikasi di waktu kecemasan, sekiranya berlaku perang, berlaku letupan bom di
janakuasa elektrik, apa terjadi (dengan sistem komunikasi kita)? Atau berlaku
banjir besar misalnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis
'Sentuhan Kasih' di Cherating, malam semalam.
Beliau berkata sistem komunikasi ketika ini yang bergantung kepada tenaga elektrik, merupakan satu kekangan apabila bekalan elektrik terputus seperti yang
berlaku ketika banjir buruk di Kuantan dan Kemaman awal bulan ini.
Ahmad Shabery berkata beliau telah membangkitkan perkara itu di kabinet, dan
percaya kerajaan akan mengambil kira semua cadangan dalam usaha memperkemaskan
sistem komunikasi negara ketika menghadapi bencana.
"Jaringan integrasi kerajaan sekarang ini mesti dilihat dari segi
rangkaian, penggunaan RADIO AMATUR, penggunaan walkie-talkie yang berkuasa
tinggi, senang daripada menggunakan telefon mudah alih, yang dibekalkan kepada
kumpulan tertentu dalam kerja menyelamat, selain itu mungkin juga kita boleh
gunakan telefon satelit," katanya.
Ahmad Shabery berkata selain itu usaha bersepadu dalam menyalurkan maklumat
juga perlu diperkemaskan membabitkan semua jabatan berkaitan termasuk Jabatan
Meteorologi Malaysia dan agensi-agensi lain seperti pasukan keselamatan.
Majlis Sentuhan Kasih itu bertujuan mengumpul dana untuk diagihkan kepada
mangsa-mangsa banjir di Kemaman dan Kuantan. - BERNAMA
Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SKMMdimintakemukasistemkomunikasibaruketikakecemasan/Article/?bh
Admin: Satu pengiktirafan dari pihak kerajaan terhadap kepentingan radio amatur.
3 comments:
salam dari saya di acheh indonesia
,,,saya anggota radio antar penduduk indonesia;(RAPI)callsign.JZ01LEA
sama mcm AKRAB kt bachok di kelantan m,sia. kirim salam saya kepada.callsign:9W2PGZ..salam dari negeri seberang.....rukun di udara dekat di hati...wsalam....bye surya aceh,,,
banda acheh
14.3200
-1550 T 1413
nak datang sila bawakan radio...dan seting frequensi banda aceh ...senang nk calling surya,,,callsign;JZ01LEA...OK
berminat HT.motorola GP.380 dan GP.338.di banda aceh ada barang bila minat bg tau....harga.rm.360.dan rm.450. ada juga alinco ,,dan banyak juga rig...untuk kereta,,,,icom.2200H..ok....
Post a Comment