Permohonan Menjadi Ahli AKRAB Secara Online

Permohonan Menjadi Ahli AKRAB Secara Online
Bagi yang berminat untuk menjadi ahli akrab, anda boleh memohon di sini

Laman Portal Ahli AKRAB

Laman Portal Ahli AKRAB
Laman portal khas bagi ahli AKRAB sahaja

....::::=> Info semasa AKRAB <=::::.....

AKRAB mengalu alukan sebarang sumbangan kewangan dari mana-mana pihak bagi membantu AKRAB menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti kelab

9:44 PM

Jemputan ke Pameran HAMFEST

By AKRAB Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok Kelantan




JEMPUTAN KE PAMERAN, SEMINAR DAN DEMONSTRASI PENGGUNAAN RADIO AMATUR DI HAMFEST MALAYSIA 2010


Merujuk perkara diatas, sukacita dimaklumkan bahawa HAMFEST 2010 ini adalah yang pertama kalinya dianjurkan di Malaysia sejak penggunaan Radio Amatur diperkenalkan lebih 80 tahun yang lalu.


Inisiatif penganjuran HAMFEST 2010 ini dibuat bagi tujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh lebih 6,000 ahli Radio Amatur yang berlesen dari seluruh Negara dengan memberi pendedahan dan juga demonstrasi penggunaan Radio Amatur dengan cara yang betul kepada orang ramai, kakitangan awam dan swasta, murid-murid sekolah, pelajar IPTA/IPTS dan sebagainya.


Pelbagai aktiviti disediakan bermula dari 30hb. Julai hingga 1hb Ogos 2010 termasuk pameran peralatan radio, antenna, Skill Station penggunaan radio, pameran Tactikal Radio oleh agensi-agensi kerajaan seperti Unit Udara PDRM, RakanCop, Bomba & Penyelamat, JPAM, Bulan Sabit Merah Malaysia serta seminar dan juga hari bertemu pelanggan bersama SIRIM Berhad, MCMC dan lain-lain.


Lokasi: Tapak Menara Kuala Lumpur, Malaysia
Masa : 10 pagi – 10 Malam
Tarikh: 30, 31 Julai dan 1 Ogos 2010
Laman Web : www.hamfest.my
Laman Facebook : www.facebook.com/hamfest.my
Urusetia : 9W2OOS (6019DADAPAT/0193232728)


Kami sangatlah berbesar hati sekiranya peluang yang ada semasa HAMFEST 2010 ini dapat dimanafaatkan oleh semua lapisan masyarakat.

Terima kasih.

“1 HAM 1 Malaysia”


0 comments:

http://akrabonline.blogspot.com/